[VIDEO] Lelaki Singapura Bawa Kereta BWM ‘Kantoi’ Dirakam Buang Air Kecil Tepi Jalan di JB

Entertainment
6 Apr 2022 • 11:29 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu rakyat Singapura mengisi minyak Ron 95 di stesen minyak di Johor Bahru, kali ini muncul pula satu isu baru.

Tular sebuah video semalam memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Singapura yang membawa sebuah kenderaan jenis BWM dengan nombor pendaftaran negara tersebut telah melakukan satu adegan tidak senonoh.

Menurut Mothership, lelaki itu dilihat telah membuang air kecil di tepi sebuah jalan di Johor Bahru. Lelaki berkenaan juga didakwa berbuat ‘perangai’ itu pada jam 1 pagi, 5 April lepas.

Video yang tular itu ternyata mengundang rasa tidak puas hati netizen Malaysia, malah netizen Singapura juga menyifatkan tindakan lelaki itu seperti memalukan negara.

“Mark kawasan dia. Ingatkan haiwan saja buat macam tu.”

“Sangat menjijikkan dan memalukan,” kata pengguna media sosial.

image is not available

Ish, ish, macam-macam ye lepas buka sempadan ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.