Penumpang Sanggup Kejar Bas, Pemandu Tutup Pintu Dan Taknak Berhenti?

12 Apr 2022 • 2:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular satu kejadian dimana terdapat pemandu bas Rapid KL yang tidak membenarkan seorang penumpang menaiki bas berkenaan dengan menutup pintu walaupun telah dikejar. Kesiannyalah kat penumpang tu..

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada jam 3.10 petang.

Perkara ini dikongsikan seorang pengguna Twitter dengan menunjukkan sekeping gambar seorang lelaki yang duduk bersendirian di sebuah stesen bas sambil menyandang beg.

Dia dah penat lari kejar bas

Walaubagaimanapun, pengendali perkhidmatan pengangkutan bas Rapid KL, Rapid Bus Sdn Bhd tampil memohon maaf berkenaan isu yang tular ini. 

Bukan tu jer, mereka juga sedang melakukan siasatan tentang kejadian yang berlaku kerana ianya dikatakan membabitkan etika dan tanggungjawab kakitangan syarikat berkenaan.

Apapun, biarlah pihak mereka yang siasat perkara ini. Kita jangan menghentam! Semoga perkara sebegini tidak terjadi lagi. 

Kredit: Twitter @azlanlalanlan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.