“Bas tak penuh pun” – Penat Lari Kejar Bas, Dah Sampai Pintu Pemandu Tutup?

Entertainment
11 Apr 2022 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dah penat-penat berlari kejar bas, sekali, bila dah sampai dekat pintu, pemandu pergi tutup. Nak kata dah penuh, tak ada pun, dah orang ni kena duduk dekat bus stop tunggu bas lain.

Insiden yang disaksikan oleh Azlan Sulaiman ini telah membuatkan ramai netizen jadi bengang apabila ianya dikongsikan di Twitter. Raih sebanyak 16K jumlah retweets sejak dikongsikan 3 hari lepas. (9/4/2022).

 

Kurang ajar – Netizen

Disamping itu, ramai juga yang bersimpati dengan nasib lelaki ini, ya lah ditambah lagi sekarang ni bulan puasa, nak berlari tu memang makan tenaga yang banyak kan?

Malah ada juga netizen yang kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama seperti lelaki ini lalui sebelum ini.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Walau bagaimanapun pihak Rapid KL ada tampil beri respon untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian

 

“Kami memandang serius dakwaan tentang kejadian tersebut yang melibatkan etika dan tanggungjawab sebagai seorang kakitangan Rapid Bus”

Oleh sebab itu, menerusi Twitter rasmi @AskRapidKL, telah tampil untuk memberikan respon dengan lebih terperinci, kata mereka, kejadian ini berlaku di sekitar Jalan Klang Lama, kira-kira dalam pukul 3.10 petang.

Katanya lagi, mereka kini sedang menjalankan siasatan dan akan ambil tindakan kepada pemandu bas tersebut.

Tambahnya lagi, menerusi data kotak hitam yang dirakam secara automatik itu, ia menunjukkan bas terbabit telah berhenti di perhentian tersebut.

Namun begitu, pihak mereka akan menemu ramah pemandu tersebut dan jika didapati bersalah mereka akan ambil tindakan tatatertib.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden ini diminta untuk menghubungi talian bantuan Rapid KL di 03-7885 2585 bagi membantu siasatan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.