“14 hari je rambut gugur” – Wanita Hidap Kanser Gara-gara Ikut Cakap Kawan Buat Drip Whitening

Entertainment
11 Apr 2022 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam hidup ni kalau kita guna jalan pintas tanpa sebarang usaha untuk mendapatkan sesuatu, pasti ‘nikmat’ hasil yang diperoleh itu hanya sementara, bahkan lagi banyak kesan buruk.

Misalnya nak jadi cantik, itu lah yang dilalui oleh @ladyvin apabila dia mengatakan dia kini menghidap kanser gara-gara membuat drip whitening.

 

Rambut gugur, hodoh dalam sekelip mata

Kata wanita berumur dalam 40-an ini, faktor dia untuk melakukan ini adalah kerana ikut kata kawannya. Disebabkan itu, rambutnya gugur dalam masa 14 hari dan kini sedang membuat chemotheraphy.

“Dari seorang cantik di usia 40 an, aku jadi hodoh dalam sekelip mata.”

@ladyvin_official

Jangan jap whitening drip ini nasihat ku buat kalian #cancersurvivor #cancerfighter #fyp

♬ Dear Diary – liriiklagu

Dalam pada itu, wanita ini turut akan menceritakan perjalanannya dalam melakukan rawatan ini. Video ini telah meraih 2.2 juta penonton dalam masa sehari dan menjengah ke ruangan komen, ia membuatkan netizen tersedar untuk tidak melakukan kaedah ini malah ada juga yang menegur wanita ini agar hargai dan sayangi segala apa yang ada pada diri.

Selain itu, ada juga netizen kongsikan pengalaman yang sama kepada orang terdekatnya dimana buah pinggang rosak di tahap keempat.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Bagaimanapun, wanita ini akui bahawa dirinya ‘dah salah pilih jalan’ dan serik untuk melakukannya lagi, bahkan tujuannya untuk kongsikan menerusi video di TikTok ini adalah untuk memberi peringatan kepada orang lain agar perkara ini tidak jadi kepada mereka.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.