Fazura Melancarkan Mukmin Pro – Aplikasi Berkonsepkan Gaya Hidup Muslim Kontemporari

TechnologyDigital
1 Apr 2022 • 4:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada hari ini, terdapat lambakan pelbagai jenis aplikasi berkonsepkan gaya hidup Muslim kontemporari komprehensif yang tersedia buat para pengguna peranti mudah-alih. Tidak dinafikan, pengenalan aplikasi sebegini memberi ruang kepada pengguna menikmati pelbagai perkara menarik yang merangkumi aspek kerohanian, di samping terbukti turut memudahkan kehidupan harian.

image is not available

Terbaru, aplikasi Mukmin Pro telah dilancarkan sebagai satu lagi pilihan aplikasi berkonsep berkenaan yang boleh dimanfaatkan pengguna. Aplikasi mesra pengguna ini merupakan projek di bawah kelolaan pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin. Ia juga terbuka untuk digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur, selain turut dikemaskini dari masa kesemasa.

image is not available

Melaluinya, pelbagai ciri dan fungsi khusus menarik yang disediakan. Ini termasuklah informasi waktu solat, petunjuk arah kiblat, himpunan audio doa, zikir dan ayat al-Quran, kandungan video dengan intipati islamik, dan banyak lagi. Pada pengamatan kami, antara-muka aplikasi kelihatan ringkas dengan padanan warna latar yang lembut seperti putih dan merah jambu.

image is not available

Difahamkan, pemilihan warna ini adalah sinonim dengan Fazura. Pada masa sama, ia juga mempunyai ciri navigasi yang mudah digunakan dan dipelajari. Lebih menariknya, aplikasi juga adalah bebas iklan dan tiada keperluan untuk log masuk bagi memulakan penggunaannya.

image is not available

Untuk makluman, aplikasi Mukmin Pro sudah boleh dimuat-turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store.