Gagal Patuhi SOP COVID-19, 94 Pengunjung, Pemilik Pusat Hiburan Dikompaun RM95,000

26 Apr 2022 • 12:47 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Seramai 94 pengunjung sebuah pusat hiburan di sini, dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), Fasa Peralihan Ke Endemik COVID-19, selepas premis itu diserbu polis, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, kompaun sebanyak RM 1,000 turut dikeluarkan ke atas pemilik premis itu atas kesalahan sama.

“Hasil risikan mendapati pusat hiburan itu beroperasi dengan melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PPN) 4 2021.

“Sebanyak 94 kompaun berjumlah RM1,000 setiap satu dikenakan terhadap 94 pengunjung di premis terbabit.

“Jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan dalam serbuan Ops Aidilfitri Pematuhan SOP COVID-19 itu adalah sebanyak RM95,000,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azman berkata, operasi pengutkuasaan seperti itu akan terus dilaksanakan pihaknya.

“Ia bagi meminimumkan kadar jangkitan COVID-19 yang masih tinggi ketika ini demi kesejahteraan masyarakat bersama,” ujarnya. - Getaran 26 April 2022
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved