Langgar SOP: 94 pengunjung, pemilik pusat hiburan dikompaun RM95,000

26 Apr 2022 • 2:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Seramai 94 pengunjung pusat hiburan di sini dikompaun berjumlah RM94,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dalam serbuan tengah malam tadi.

Kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu masing-masing dikompaun sebanyak RM1,000.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata hasil risikan mendapati operasi pusat hiburan berkenaan melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN Fasa 4 2021, yang masih lagi dikuatkuasakan oleh kerajaan ketika ini.

“Satu kompaun RM1,000 turut dikenakan ke atas pemilik premis yang terlibat. Jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan pada serbuan lewat malam tadi adalah berjumlah RM95,000,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata operasi seperti itu akan terus dilaksanakan bagi meminimumkan kadar jangkitan Covid-19 yang masih tinggi ketika ini demi kesejahteraan masyarakat bersama.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved