“Orang tolak wheechair sekali meninggal” – Netizen Pelik Tengok Laluan Curam Untuk OKU

Entertainment
4 Apr 2022 • 6:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Laluan khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) akan ada dimana-mana, tapi ada pihak yang suka ambil kesempatan terhadap kemudahan ini malah ada juga yang suka pandang enteng sehinggakan kemudahan itu jadi satu perkara yang menyusahkan.

Kita dapat lihat sendiri banyak parking OKU jadi tapak perniagaan, tandas jadi stor simpan barang bahkan dalam video ini, kemudahan itu rasanya jadi satu risiko.

 

Dah kenapa buat laluan OKU macam tu

Dilihat pada video di bawah, ia seperti satu kawasan kedai, selain tangga untuk naik, kawasan itu juga ada sediakan laluan untuk OKU.

Bagaimanapun, bagi pemuda yang dikenali sebagai @exfortea di laman akaun TikTok miliknya, tempat laluan OKU itu begitu curam dan agak mustahil untuk individu menaiki kerusi roda lalu, tak kira naik mahupun turun.

@exfortea

KAU DAH KENAPA BUAT LALUAN OKU MACAMTU #fypシ

♬ original sound – gegunduts – gegunduts

Dalam masa sehari ia dikongsikan, video ini telah meraih sehingga 1.1 juta jumlah tontonan dan rata-rata netizen pelik melihatnya serta menyokong dengan pendapat pemuda ini.

Menurut mereka, bukan sahaja golongan OKU, orang-orang yang ‘sempurna’ pun boleh jadi bahaya. Bagaimanapun, ada juga yang kongsikan tips untuk harungi laluan sebegitu.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Hurm, tapi min rasa tajam sangat curam tu, orang biasa pun tak berani lalu, apatah lagi OKU, mesti gayat.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.