YouTube Shorts Kini Mencapai Lebih 30 Bilion Tontonan Setiap Hari

TechnologyDigital
27 Apr 2022 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube Shorts merupakan salah satu bentuk penawaran kandungan video pendek yang ditatal secara ke bawah, seperti TikTok dan Instagram Reels.

Sejak diperkenalkan, YouTube Shorts semakin popular dari hari ke hari. Terbaru, YouTube mengumumkan YouTube Shorts kini ditonton lebih 30 bilion kali setiap hari.

Angka ini boleh dikatakan agak besar, tetapi masih jauh jikalau dibandingkan dengan TikTok. Namun, YouTube memperlihatkan yang mana format terbaru ini berkembang laju, dan kini menjadi salah satu tumpuan orang ramai dalam menikmati kandungan di platform tersebut.

Kali terakhir TikTok berkongsi, mereka mengatakan di rantau Asia Tenggara sahaja, kandungan di TikTok ditonton lebih 1 trilion kali setiap bulan.