Campuran McFlurry Oreo Bersama ‘Hot Choc Fudge’ Tular, Ini Rupanya Cara Nak Pesan

Entertainment
16 Apr 2022 • 1:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda ada melayari TikTok, pasti anda perasan banyak video yang dikongsikan oleh warganet berkenaan kombinasi aiskrim McFlurry Oreo bersama dengan Hot Choc Fudge dan Choc Top.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu, pelanggan boleh memesan topping seperti Hot Choc Fudge, Choc Top dan Strawberry ke dalam McFlurry Oreo. Namun, ia perlu dibuat melalui pesanan istimewa.

image is not available

Umum mengetahui, aiskrim McFlurry Oreo boleh dikatakan yang paling enak di antara semua menu aiskrim yang ada di McDonald’s.

Namun, cuba bayangkan tahap kesedapan McFlurry Oreo jika ia ditambah dengan perasa Hot Choc Fudge dan Choc Top? Boleh menangis!

Macam mana nak pesan?

Sebenarnya, cara memesan menu ini mudah sahaja. Anda hanya perlu memesan aiskrim McFlurry Oreo dan minta untuk menambah perasa seperti Hot Choc Fudge dan Choc Top. Ya, semudah itu sahaja!

Namun harus diingati, McFlurry Oreo yang sedia maklum sudah manis akan menjadi lebih manis apabila ditambah dengan perasa Hot Choc Fudge atau Choc Top. Jadi, makan berpada-pada okay!

Selamat mencuba!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.