“Baik Beli Subway” – Beli Kebab Dah Siap Bungkus, Sampai Rumah Tengok Peniaga Pakai Roti Putih Je!

11 Apr 2022 • 5:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak hari pertama Ramadan tahun ini, pelbagai cerita tentang penipuan oleh peniaga bazar yang tular di media sosial.

Ada makanan dijual dalam keadaan tidak elok atau tidak memuaskan seperti pengalaman seorang wanita ini yang membeli kebab baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik oleh KyraMali di TikTok, dia memaklumkan telah ditipu oleh peniaga yang mengaku jual kebab tetapi hanya menggunakan roti biasa.

Katanya, dia beli kebab tersebut di sebuah gerai di tepi jalan dan terkejut apabila membuka bungkusan dan mendapati ia bukanlah seperti kebab yang sepatutnya.

Nak makan masa berbuka tu terkejut tengok dapat roti putih macam tu je.”

@kyramali

kena scam ?? beli kebab tepi jalan. nak makan masa berbuka tu terkejut tengok dapat roti putih macam tu je. nasib inti sedap ? #puasa #moreh #scam #kebab #terengganu #ramadan

? Oh No – Kreepa

Jelasnya lagi, dia tidak tahu mereka menggunakan roti putih kerana gerai tersebut telah siap membungkus makanan itu.

Ditanya berapa harga ‘kebab’ itu, Kyra berkata dia tidak pasti kerana ia dibayar sekali dengan kuih muih lain yang dibeli.

image is not available

Beberapa netizen mencadangkan Kyra untuk pergi semula ke gerai itu dan dapatkan penjelasan peniaga tersebut.

Ada juga yang mengaku mereka tidak pernah nampak peniaga jual kebab menggunakan roti putih sebegitu.

image is not available 6 hari lalu

“Jangan Aniaya Orang”- Jual Ayam Goreng Tak Basuh, Netizen Mual Tengok Makanan Di Bazar Ramadan