Aplikasi Twitter Berhenti Berfungsi Pada iPhone 6 – Kini Memerlukan Sekurang-Kurangnya iOS 14

TechnologyDigital
2 Apr 2022 • 10:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Twitter kini dilihat telah menghentikan sokongan untuk siri iPhone 6 – sekaligus membuatkan pengguna pada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus tidak lagi boleh menggunakan aplikasi media sosial berkenaan.

Hal ini adalah kerana aplikasi Twitter kini memerlukan sistem operasi paling minima iOS 14 untuk digunakan.

Apa pun, untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, Apple sendiri telah berhenti menawarkan kemaskini untuk telefon pintar berkenaan sejak 2019 yang lepas – dan menjadi kebiasaan untuk pembangun aplikasi turut berhenti menawarkan kemaskini untuknya selepas itu.

Bagi para pengguna kedua-dua model telefon berkenaan, anda masih boleh mengakses perkhidmatan berkenaan melalui penggunaan web – sehingga pelayar web berkaitan tidak disokong pada telefon pintar berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved