Qatar Mungkin Akan Rampas Bendera Pelangi Semasa Piala Dunia 2022

Football
2 Apr 2022 • 4:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penonton bola sepak yang mengibarkan bendera pelangi semasa Piala Dunia 2022 akan diambil tindakan di mana bendera tersebut mungkin akan dirampas oleh pihak berwajib.

Jurucakap Piala Dunia Qatar 2022 berkata tindakan ini adalah bertujuan untuk melindungi individu yang mengibarkan bendera pelangi daripada persepsi seolah-oleh menghina dan mencabar penduduk tempatan yang rata-ratanya beragama Islam.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut dianggap bercanggah dengan kenyataan oleh Nasser al-Khater, ketua eksekutif Piala Dunia Qatar.

Nasser sebelum ini berkata Qatar mengalu-alukan kedatangan semua orang ke negara itu. Tiada seorang pun yang patut berasa takut atau terancam apabila berada di sini, jelas Nasser.

“Qatar ialah negara moden. Setiap orang bebas untuk menjalani kehidupan mereka. Mereka yang songsang akan tiba di Qatar sebagai penyokong bola sepak. Mereka boleh lakukan apa sahaja seperti manusia lain”, terang Nasser.

image is not available

Sebelum ini, penyerang skuad England, Harry Kane menjelaskan pihaknya akan berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang isu hak asasi.

Tindakan Kane ternyata dipuji oleh kumpulan peminat LGBT+ England Three Lions Pride yang turut menggalakkan skuad England untuk mendidik, memperkasa dan melibatkan diri dalam menyokong golongan LGBT+.

Jadi, adakah bendera pelangi akan dirampas semasa Piala Dunia 2022 nanti? Sama-sama kita tunggu.

Kredit: Mirror

image is not available

Sumber: Outsports

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.