
Biarpun kadang-kadang kita jarang nampak keberadaannya kerana sibuk mencari rezeki, jauh dari sudut hatinya rasa rindu dan sayang itu mesti ada.
Walaupun jarang kita nampak anak rapat dengan ayah, itu tak bermakna si ayah tidak ada hak dan diberi ruang untuk rasai kasih sayang anak apabila mereka menjelang dewasa.
Sejak bercerai, lelaki ini tak mampu menahan air mata kerana terlalu rindu anaknya.
Dah tak mampu bertahan, teramat rindu
Video yang telah meraih 1 juta jumlah tontonan ini telah membuatkan ramai netizen sebak apabila melihat tangisannya. Kata lelaki ini, walaupun dah cuba untuk lupakan perasaan itu ia tetap gagal sebab sukar. Rasa rindu tak terhingga ini berpunca akibat mereka sudah lama tidak berhubung.
@muhammadanas_ariqin dah tak.mampu bertahan teramat rindu..
Anak dah block nombor
Menjengah ke ruangan komen, pakcik ini menceritakan bahawa mereka berpisah ketika dia tengah koma selama 53 hari pada tahun 2014 akibat masalah jantung.
Sejak dari itu, dia menyatakan bahawa dia dihalang daripada berjumpa dengan anak dan terputus hubungan. Malah, apabila anaknya itu sudah dewasa, mereka menyekat sendiri nombor pakcik ini.
Disamping itu, ramai netizen yang meminta agar anak kepada pakcik ini menghubunginya, takut kifarah nanti.



Min dengar kata-kata dia terus berkaca mata min.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
