Sembilan Model Mac Dengan Cip Apple M2 Sedang Dibangunkan

TechnologyDigital
15 Apr 2022 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Keluarga Mac

Berapakah model komputer Mac dengan cip Apple M2 sedang dibangunkan? Menurut laporan terkini dari Bloomberg sembilan model komputer macOS sedang dibangunkan berdasarkan log pembangun yang baru ditemukan. Cip Apple M2 amat dinantikan kerana dijangka memberikan peningkatan prestasi berbanding cip Apple M1.

image is not available

Seperti yang kami laporkan sebelum ini empat versi cip akan dihasilkan tahun ini iaitu M2, M2 Pro, M2 Max dan M2 Ultra. Berdasarkan log pembangun model Mac dan cip yang akan digunakan adalah seperti berikut.

  • Apple MacBook Air M2 – CPU 8 teras dan GPU 10 teras
  • Apple Mac mini – M2 dan M2 Pro.
  • Apple MacBook Pro 13″ M2 chip.
  • Apple MacBook Pro 14″ dan 16″ – Dengan cip M2 Pro dan M2 Max (CPU 12 teras dan GPU 38 teras)A
  • Apple Mac Pro – M2 Ultra

Sejak menggunakan Apple Silicon, jualan komputer macOS meningkat semula tahun lalu selepas agak mendatar selama beberapa tahun. Walaupun sebelum ini Apple mengatakan iPad akan menjadi komputer di masa hadapan, jelas sekali masih terdapat permintaan untuk komputer macOS pada waktu ini.