Barang Naik! Dah Jimat, Tapi…

Opinion
14 Apr 2022 • 12:00 PM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Barang Naik! Dah Jimat, Tapi…

Kadar inflasi negara semakin menaik sehingga ke hari ini. Dalam satu kajian, kadar inflasi negara meningkat ke 2.2% pada bulan Februari 2022. Bahan mentah seperti ayam dan minyak menjadi kayu ukuran tahap inflasi ini. Lihat sahaja harga barang telah menaik, dan juga petrol kenderaan.

Antara sebab utama ianya menaik adalah kesan daripada perang negara Ukraine dan Rusia. Negara-negara ini adalah pengeksport utama bahan mentah di seluruh dunia, maka ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada dunia.

Namun begitu, sebagai rakyat biasa yang mahu teruskan kehidupan, kita tidak boleh merungut atas keadaan yang di luar kawalan ini. Sebaliknya, ada langkah yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini. Jom kita lihat cara untuk atasi dan persediaan inflasi dunia pada ketika ini:

Penjimatan dalam Perbelanjaan

Ini adalah langkah yang paling popular sejak inflasi yang terjadi sebelum ini. Memulakan penjimatan kepada perbelanjaan kita boleh tingkatkan ‘survival’ dalam ekonomi sendiri. Tahan nafsu belanja untuk barangan yang dikategorikan sebagai gaya hidup atau keinginan seperti telefon pintar ‘flagship’, gajet aksesori yang tidak perlu dan juga makan di luar. Mungkin sebelum ini sukar untuk membendung diri sendiri secara drastik, tetapi boleh kurangkan sedikit demi sedikit demi kelangsungan hidup.

Mula Tingkatkan Pendapatan dengan Kos Sifar

Pendapatan yang lebih besar menjamin kelangsungan hidup di kala inflasi menaik. Pelbagai cara untuk tingkatkan pendapatan secara kos sifar dalam pasaran contohnya, rujukan pautan, ‘dropship’, dan menulis secara bebas. Membuat lebih dari satu pekerjaan adalah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini. Namun begitu, perlu lihat pada modal yang dikeluarkan juga.

Tingkatkan Kemahiran ‘DIY’

Cara ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Ini kerana, kerosakan pada rumah dan alatan kendiri boleh mengakibatkan kos yang tinggi untuk dibaiki atau diselenggara. Sebagai contoh, penghawa dingin di rumah yang harus diselenggara boleh di buat sendiri oleh anda dengan penjimatan kos sehingga RM100! Ianya sangat berbaloi!

Ini adalah berdasarkan kajian dan pengalaman yang ada sewaktu menghadapi inflasi yang lepas. Namun begitu, semua ini pasti tidak berhasil sekiranya anda tidak bertindak untuk melakukannya.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.