Netflix Mempertimbangkan Langganan Lebih Murah Dengan Sokongan Iklan Dalam Masa Dua Tahun

TechnologyDigital
20 Apr 2022 • 7:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bayaran bulanan Netflix semakin meningkat di pasaran Amerika Utara dan Eropah sejak akhir-akhir ini bagi menanggung jumlah kandungan baharu yang ingin dihasilkan. Oleh itu mula kedengaran Netflix akan memberikan langganan bulanan dengan sokongan iklan bagi mengurangkan bayaran kepada pengguna.

Hari ini CEO syarikat, Reed Hastings mengesahkan Netflix akan sedang mempertimbangkan pelan yang lebih murah ini dalam masa setahun dua lagi. Pengguna masih diberikan pilihan untuk melanggan kepada pelan tanpa iklan tetapi mereka hanya diberikan pilihan di masa hadapan.

YouTube tahun ini menawarkan penstriman siri TV secara percuma dengan sokongan iklan di beberapa pasaran. Model sokongan iklan mereka nyata berjaya dengan mereka yang tidak inginkan iklan boleh melanggan kepada YouTube Premium. Adakah anda bersedia untuk kembali menonton iklan semata-mata untuk langganan yang lebih murah?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved