Oppo A96 Kini Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1299

TechnologyDigital
18 Apr 2022 • 1:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo Malaysia kini hadir dengan penawaran baharu untuk barisan peranti di bawah siri A. Melaluinya, Oppo A96 telah diumumkan dengan janaan cip Snapdragon 680, sekaligus penawarannya terhad sebagai sebuah peranti dengan sokongan rangkaian 4G sahaja.

image is not available

Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada RM1299 dengan beberapa pilihan warna seperti Pastel Pink dan Starry Black. Ia juga sudah boleh dipratempah bermula hari ini hingga 22 April 2022 dengan sejumlah hadiah percuma sehingga RM1,055. Ianya terdiri daripada powerbank, payung, kad Touch ‘n Go, baucher KFC dan potongan 50% untuk pembelian aksesori Enco Air2 , Oppo Band dan Oppo Watch Free,.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A96 dilengkapi skrin sebesar 6.59-inci IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

image is not available

Bukan itu sahaja, dwi-kamera utama turut digunakan dengan tetapan 50MP (utama) + 2MP (bokeh). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi dan sebagainya.

Untuk terma dan syarat pra-tempahan serta maklumat lebih lanjut mengenai hadiah yang ditawarkan sila ke pautan ini.