“Bawa masuk Hollywood lah!” – [VIDEO] Netizen Teruja Ryan Reynolds Puji Video Sofyank!

Entertainment
19 Apr 2022 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di Malaysia, terdapat ramai individu yang berbakat besar tidak kiralah dari bidang apa sekali pun, mereka juga berjaya membuktikan bakat mereka layak untuk menjadi tatapan dunia.

Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah merupakan seorang editor yang terkenal dengan skillnya dalam special effects (SFX).

Dia baru-baru ini sekali lagi mendapat perhatian bintang Hollywood apabila berkongsi suntingan videonya di Twitter, sebelum ini pelakon terkenal Will Smith pernah memuji skill beliau, kali ini Ryan Reynolds pula!

Video tersebut diambil daripada temubual Sofian selama empat minit dengan Ryan, ia merupakan sebuah ‘junket’ untuk mempromosi filem The Adam’s Project.

Dalam masa sebulan, Sofyank berjaya menyunting video tersebut dan hasilnya sangat memukau! Video tersebut memaparkan bagaimana pelakon filem Hollywood itu memberikan ‘misi’ kepada Sofyank.

Selepas video itu dimuat naik dalam Twitternya, Sofyank sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila video tersebut telah diretweet oleh Ryan sendiri!

Ryan memuji Sofyank dengan menyatakan kualiti video hebat yang dihasilkan Sofian tidak setara dengan temubual selama empat minit bersamanya.

Tweet tersebut telah mendapat hampir 17k retweet dan lebih 40k likes, rata-rata netizen memuji skill hebat Sofyank itu.

image is not available

Power lah Sofyank!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article