“Kita ada Allah” – Ebit Lew Terus Beli Barang Untuk Bina Rumah Baru Keluarga Akid

Entertainment
8 Apr 2022 • 1:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belum cukup 24 jam tular di media sosial tentang kisah adik Akid yang terpaksa tinggal dalam keadaan serba kekurangan apatah lagi rumah keluarganya hampir roboh, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew telah selamat tiba ke Kota Bharu.

Difahamkan Ustaz Ebit Lew segera bergerak selepas Subuh pagi tadi dari Subang sebaik saja kisah adik Akid itu mula mendapat perhatian orang ramai.

Ketibaannya itu telah dimuat naik sendiri oleh Ustaz Ebit Lew di media sosial miliknya iaitu di Instagram @ebitlew dan juga di akaun TikTok @ustazebitlew.

@ustazebitlew

Adik Akid jangan menangis lagi yer.Hari ini kita bina rumah baru #ebitlew#viral#fyp#ramadan#puasa

♬ suara asli – pisces,,85 – pisces,,85

Dari video yang dikongsikan itu, adik Akid terus mengalirkan air mata saat memeluk Ustaz Ebit Lew dan apabila ditanya kenapa menangis, ini jawabnya…

“Saya tak sangka ustaz datang rumah saya. Saya suka sangat dekat ustaz. Selalu tolong orang.” – Ujar Akid

“2 jam selesai beli dan bayar”

Dari kapsyen yang ditulis di Instagram, Ustaz Ebit Lew telah selesai membeli barang-barang yang diperlukan untuk membina rumah baru buat keluarga adik Akid sebaik saja lepas meninjau keadaan sekeliling.

Sementara itu, di bahagian komen, rata-rata berterima kasih dengan tindakan pantas dari Ustaz Ebit Lew itu dan tak kurang juga yang mendoakan agar semua urusan dipermudahkan untuk mereka.

image is not available

Bukan itu saja, penceramah bebas ini juga dilihatkan sempat meluangkan masa bersama adik Akid dengan membelikan beberapa pasang baju Melayu sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Allahu… Baik betul hati Ebit Lew ni. Sebak min tengok part adik Akid senyum bila dapat baju raya…

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.