“Selalunya ada 3 colour”- Ini Sebab Mengapa Kebanyakan Berus Gigi Kita Berwarna-Warni

9 Apr 2022 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang perasan, kebanyakan berus gigi yang kita gunakan sehari-hari selalunya ada dua atau tiga warna pada bahagian berusnya. Pernah tak korang tertanya-tanya kenapa tak buat satu warna je?

Ha, nampaknya persoalan itu akhirnya akan terjawab hari ini sebab kami nak kongsikan dengan anda sebab di sebalik warna-warni di objek berkenaan.

Menurut LAD BIBLE, ada seorang wanita telah berkongsikan sebab berkenaan di TikTok menerusi akaun jmac8781.

Memetik laporan daripada Distractify pula, pemilihan warna yang colorful itu sebenarnya untuk memberi panduan kepada pengguna untuk meletakkan jumlah ubat gigi di atasnya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Ini adalah sangat berguna terutamanya untuk berus gigi kanak-kanak sebab kalau letak ubat gigi banyak-banyak pun, nanti budak-budak ini hanya akan telannya. Maklumlah, ubat gigi budak kan ada perasa sedap macam strawberi.

Tell me I am NOT the only one who didn't know that the coloured bristles on children's toothbrushes are "toothpaste…

Posted by Little Learners Southport & Preston on Thursday, May 31, 2018

 

Namun, difahamkan juga, untuk orang dewasa pula, kita tak perlu risau jika terlebih guna ubat gigi.

Dalam masa yang sama, berus gigi berwarna-warni tadi juga boleh menjadi penanda dah tiba masanya untuk kita tukar berus gigi baru.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Apa-apa pun, jangan lupa untuk berus gigi dengan betul sebanyak dua kali sehari. Berus gigi tu pulak kena tukar tiga hingga empat bulan sekali.

Sumber: LAD BIBLE, Distractify, TikTok @jmac8781

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.