“Jalan Raya Bukan Tempatnya” – Individu Memandu Secara Laju Di Ulu Yam Dikecam Netizen

10 Apr 2022 • 1:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Memandu secara bahaya di Ulu Yam

Penggemar kereta pasti mengimpikan jentera yang hebat dan sudah pasti mereka akan melakukan beberapa siri pemanduan untuk menguji kehebatan jentera mereka. Namun begitu, janganlah memandu secara merbahaya sehingga membahayakan nyawa orang lain.

Aksi membahayakan pengguna jalan raya

Menerusi ciapan dibuat @My_CrimeWatch di Twitter, tular video menunjukkan seorang individu memandu secara berbahaya untuk menguji kehebatan jenteranya.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah jalan di Ulu Yam itu boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlaku kemalangan.

Ya jentera anda memang padu. Tetapi jalanraya bukan tempat untuk menguji kehebatan

Mohon pihak berkuasa pantau lokasi di Ulu Yam ini kerana ia sering jadi lokasi perlumbaan

Membangkitkan kemarahan netizen

Video yang dikongsikan itu mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka marah dengan tindakan individu berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Walaupun tidak berlaku seberang kecelakaan, tindakan pemandu tersebut boleh mengakibatkan kemalangan yang serius sehingga menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak terlibat. Sebaliknya, gunakanlah trek yang sepatutnya untuk menguji kehebatan jentera anda.

Diharapkan pihak berkuasa memantau isu ini agar tiada berlaku sebarang kes yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Kredit: Twitter MyWatch

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media