Penunggang Basikal Terjatuh Sendiri Tapi Pemandu Kereta Yang Lalu Sebelah Pula Disaman RM5K

Entertainment
3 Apr 2022 • 12:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pemandu kereta telah menerima saman sebanyak £1,008 (kira-kira RM5,000) selepas dikatakan memandu secara merbahaya sehingga mengakibatkan seorang penunggang basikal terjatuh di Northamptonshire, United Kingdom baru-baru ini.

Dalam rakaman video yang dirakam oleh salah seorang penunggang basikal, kenderaan milik Paul Nigel Miley dilihat melalui denai dalam keadaan sederhana laju.

image is not available

Menurut laporan Lad Bible, dalam rakaman video itu juga turut kedengaran penunggang basikal lain yang menjerit ke arah Miley. Dalam masa beberapa saat selepas Miley melepasi kumpulan berbasikal itu, salah seorang penunggang basikal telah terjatuh.

image is not available

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada Jun 2021 itu mendapat perhatian ramai selepas mahkamah menjatuhkan hukuman denda dan saman kepada Miley. Miley yang mengaku bersalah juga dikehendaki membayar £200 (bersamaan RM1,100) untuk rawatan kepada mangsa yang terjatuh itu.

Korang boleh tengok video kejadian tu di bawah atau klik SINI

image is not available

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.