Waris Dikecam ‘Salah Pentas’ Gara-Gara Rap Di Majlis Ilmu?

Music
1 Apr 2022 • 3:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di Facebook hari ini video memaparkan penyanyi, Waris dipercayai menyanyikan sebuah lagu rap dalam majlis agama.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi netizen apabila jelas terpampang raut wajah ustaz yang seolah-olah kurang selesa. Sampaikan ada yang tunduk sambil memegang kepala.

Netizen berpendapat penyanyi tersebut tersalah ‘majlis’ dan persembahannya kurang sesuai dengan hadirin pada hari itu.

Video yang dimuat naik pengguna Facebook Mael YY Pang itu sehingga kini telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan 900 komen. Namun, tidak dapat dipastikan di mana dan bilakah majlis ini berlangsung.

image is not available

image is not available

image is not available

Apa-apa pun kita tunggu respon balas daripada Waris sendiri mengenai video tular ini.

Kredit: Facebook Mael YY Pang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.