UPSC teruskan tradisi agihan 1,000 kotak biskut raya, kurma 6 di lokasi strategik

27 Apr 2022 • 7:03 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Sempena bulan Ramadan dan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, UiTM Private Specialist Centre (UPSC) meneruskan tradisi pengagihan biskut raya dan kurma kepada masyarakat setempat.

Pusat perubatan swasta terkemuka itu memberi kembali kepada masyarakat dengan mengagihkan 1,000 kotak biskut raya dan kurma melibatkan enam lokasi strategik iaitu di sekitar Petaling Jaya, Damansara, Sungai Buloh, Shah Alam, Subang Jaya dan Kuala Lumpur.

image is not available

Pengagihan dilakukan secara berperingkat sepanjang bulan Ramadan ini di setiap lokasi yang dinyatakan di antara jam 4.00 hingga 5.00 petang.

image is not available

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UPSC, Wan Nazifah Wan Abdullah, pengagihan biskut raya dan kurma oleh UPSC kepada orang ramai yang melalui lokasi terbabit sudah pun menjadi tradisi setiap kali tibanya Ramadan.

image is not available

“UPSC ingin berkongsi rezeki dan kami percaya bahawa rezeki yang dikongsi ini boleh membawa kebaikan dan memberi kegembiraan kepada semua.

“Diharapkan inisiatif ini sekaligus merapatkan hubungan berterusan di antara UPSC dengan semua lapisan masyarakat. Semoga ikatan yang terjalin ini akan berkekalan,” katanya.

Tambah Wan Nazifah, ia merupakan kali keempat penganjuran #UPSCKongsiRezeki dan berharap program berkenaan akan diteruskan pada setiap tahun.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI