“Bagitahu kenapa tak boleh masuk” – [VIDEO] ‘YB’ Pertikai Kenderaan Parents Tidak Dibenarkan Masuk Sekolah?

Entertainment
15 Apr 2022 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila anak-anak ke sekolah, antara perkara yang paling ditekankan selain pendidikan adalah keselamatan murid-murid. Ibu bapa dan guru pastinya mahukan jaminan keselamatan daripada pihak sekolah, baik keselamatan dalam kelas atau di perkarangan sekolah.

Baru-baru ini, timbul sebuah isu dimana seorang yang dikatakan wakil rakyat (YB) mempertikaikan serta mengamuk kerana kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke sekolah untuk menghantar anak-anak.

@rafizahcianlin

Syabas YB!!! Tolong JANGAN kecam guru, mereka hanya menjalankan tugas #tiktokguru #fyp #pov #sekolah

♬ original sound – Rafizah CianLin – Rafizah CianLin

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Tiktok oleh @rafizahcianlin menunjukkan situasi ketika YB tersebut menyuarakan pandangannya untuk meminta pihak sekolah membenarkan kenderaan penjaga masuk ke kawasan sekolah.

Ujarnya, ia bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di luar kawasan sekolah dan menyatakan sekolah berkenaan mempunyai dataran yang luas dan boleh digunakan sebagai tempat mengambil dan menurunkan pelajar.

Pun begitu, cadangan YB tersebut ditolak sekerasnya oleh guru yang sedang menjaga pagar sekolah untuk menyambut pelajar sesi pagi.

“Siapa nak jamin keselamatan murid di dalam kawasan sekolah jika kenderaan bebas keluar masuk sehingga ke dalam,” kata guru tersebut.

Perbalahan itu menjadi sedikit reda apabila YB tersebut disarankan untuk bertenang dan menurunkan nada suaranya.

“Buat mesyuarat, bincang betul-betul”

Dalam ruangan komen pun tidak kurang meriahnya, ramai yang menyokong tindakan YB tersebut kerana kawasan sekolah itu agak luas dan boleh digunakan sepenuhnya dengan cara yang betul.

Bagaimana pun, tidak kurang juga yang menyokong guru itu kerana mereka mempunyai pendapat yang menyatakan kawasan sekolah hanya untuk pelajar berjalan dan berlegar.

image is not available

Apa-apa hal bincang baik-baik ok?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.