Dah Minta Maaf 2 Kali, Netflix Tetap ‘Cancel’ Filem Will Smith Lepas ‘Isu Lempang’?

Entertainment
5 Apr 2022 • 12:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sepanjang minggu lepas dunia hiburan dikejutkan dengan insiden pelakon terkenal iaitu Will Smith yang bertindak lempang hos Anugerah Oscars, Chris Rock gara-gara mempersendakan fizikal isterinya, Jada Smith.

Akui tindakan yang dilakukan itu agak keterlaluan apatah lagi di hadapan khalayak ramai, ianya memakan diri Will Smith apabila Netflix menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan meneruskan projek filem lakonannya.

Menurut Hollywood Reporter, filem yang dimaksudkan itu adalah ‘Fast & Loose’ yang mana sebelum insiden lempang berlaku, pengarah tersebut iaitu David Leitch telah mengundur diri dari projek itu.

“Dia buat projek lain”

Difahamkan David telah pun memilih projek lain sebagai pengarah untuk filem ‘The Fall Guy’ terbitan pesaing Netflix iaitu Universal yang akan dibintangi oleh Ryan Gosling.

image is not available

Oleh itu, Netflix segera mengeluarkan kenyataan untuk meminta pengarah lain untuk mengendalikan filem ‘Fast & Loose’ namun selepas isu lempang menjadi perbualan hangat, Netflix tanpa sebarang berita mengetepikan filem tersebut sebagai ‘waiting list’ untuk disiarkan.

Sebelum ini, Will Smith telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada malam yang sama ketika menerima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan juga memaklumkan bahawa dia akan mengundur diri dari Academy.

Sayangnya… Tak pasal-pasal kena cancel. Semoga isu ni jadi pengajaran untuk kita semua okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.