Jom Semak Kadar Zakat Fitrah Ikut Negeri Korang Bagi Tahun 2022 Ini

6 Apr 2022 • 1:29 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Setiap kali Ramadan menjelma, umat Islam yang cukup syarat wajib membayar zakat fitrah.

Siapa yang wajib itu? Ia diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

image is not available

SYARAT WAJIB BAGI MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH :

1) Islam - diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.

2) Waktu - sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadan.

3) Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan.

image is not available

TEMPOH MASA PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH :

Zakat fitrah boleh dibayar sepanjang bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan solat sunat Aidilfitri.

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadhan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (Riwayat Bukhari dan Muslim) - Sumber: PPZ MAIWP

image is not available

KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI UNTUK TAHUN 2022 :

Bagi memudahkan anda menyediakan wang untuk menunaikan zakat, berikut kadar zakat fitrah di seluruh Malaysia.

Perlis - RM 7

Kedah - RM 7, RM 14, RM 21

Pulau Pinang - RM 7, RM 13, RM 20

Perak - RM 7, RM14, RM 21

Selangor - RM 7, RM14, RM 21

Negeri Sembilan - RM 7

Melaka - RM 7, RM14, RM21

Johor - RM 7, RM 10

Pahang - RM 7

Terengganu - RM 7

Kelantan - RM 7, RM14, RM 21

Sarawak - RM 7

Sabah - RM 7

Wilayah Persekutuan - RM 7, RM 14, RM 21

image is not availableDiharapkan dengan maklumat ini, anda boleh merancang sebaiknya waktu untuk menunaikan zakat pada tahun ini.

Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

image is not available

Sumber: Astro Awani