5 Content Creators Kongsi Ilmu Baru Sempena Ramadan Yang Korang Boleh ‘Follow’!

5 Apr 2022 • 4:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bulan Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam, ia bulan yang mulia dan segala amal ibadah menjadi berlipat kali ganda.

Bagaimanapun, di bulan Ramadan ini kita diwajibkan untuk berpuasa dan pastinya kita akan sentiasa lemah serta tidak bertenaga.

Takkanlah nak tidur je seharian?

Merujuk kepada laman web Mufti Wilayah Persekutuan, tidur sepanjang hari bukan sahaja melemahkan badan malah hukumnya juga makruh dan sepatutnya dielakkan ketika bulan Ramadan ini.

Oleh kerana kita tidak mempunyai tenaga yang banyak ketika puasa, apa kata kita tambah ilmu dengan perkongsian yang pelbagai daripada 5 content creators ini!

#1 @keknahasut (Instagram)

Gadis cantik manis ini berkongsi tips kecantikan daripada penggunaan skincare sehinggalah cara memakai tudung yang bakal buatkan korang letops di pagi Raya!

image is not available

Klik di sini untuk follow!

#2 @papayen91 (TikTok)

Creator ini pula berkongsi Drama Pendek tentang Takaful untuk memberi awareness tentang Takaful dengan pelbagai kisah. Bagusnya!

#3 @nurirdina.co (TikTok)

Bulan Ramadan ini, mesti ramai peniaga-peniaga yang ingin kembangkan perniagaan secara online kan? Gadis ini kongsi content laman Canva yang boleh membantu anda untuk mereka grafik yang cantik dan menarik!

#4 @mizatulfarihah (Twitter)

Raya nanti mesti korang tak serabut sebab content creator ini berkongsi 30 style tudung berlainan pada setiap hari di bulan puasa ini! Wow!

#5 @artico.my (Instagram)

Gadis ini pula seorang pelukis yang sangat berbakat, dia juga buat content 30 days 30 painting, sementara nak berbuka tu, korang boleh tengok video-video yang dikongsikan, tenang je rasa!

image is not available

Klik di sini untuk follow!

Selamat berpuasa semua!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.