Keretapi Langgar Axia Putih Di Pelabuhan Johor, Salah Siapa?

14 Apr 2022 • 6:26 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular satu video di media sosial menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dilanggar kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) semalam. Apa kes?

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

Jika korang lihat video berkenaan, sebenarnya dah ada seorang penjaga landasan yang menahan kereta dari jauh, tetapi pemandu Axia tersebut kelihatan maju kedepan sewaktu keretapi ingin melintas.

Bagaimanapun secara tiba-tiba kereta api itu telah terlanggar sisi hadapan kiri sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki.

Hasil siasatan mendapati bahawa kemalangan itu berlaku disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri yang tak perasan bahawa keretapi sedang bergerak didepannya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Apapun, sentiasalah peka dan berhati-hati ketika memandu. 

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved