[VIDEO] Pelajar ODL Di Bonet Kereta Viral, Ramai Pensyarah ‘Sporting’ Pakat Jadi Followers

Entertainment
13 Apr 2022 • 2:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular video pelajar perempuan yang merupakan penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menunjukkan kegigihannya menghadiri kelas online di bonet kereta untuk mendapat capaian Internet yang kuat.

Ianya disebabkan oleh pelaksanaan Open Distance Learning (ODL) akibat pandemik Covid-19 yang mana pelajar-pelajar terpaksa meneruskan pembelajaran secara atas talian untuk lebih dari dua tahun.

Tak sangka kisahnya akan tular di media sosial, pelajar yang lebih dikenali sebagai Nisa ini telah memuat naik satu video di akaun TikToknya @nisa_rinaa yang mana dia kini sudah mula belajar di rumah saja.

@nisa_rinaa

Ni reaction lecturer Nisa bila video smpai 1.8M views, Dan Nisa x sgka pulak lect Nisa lagi sorang follow Nisa . Dr. if you saw this, I love you HAHAHA image is not availableimage is not available#fypppppp #foryoupage #fypp #fyp

♬ original sound – Nisa Rina IV – Nisa Rina IV

“Biar saya followback balik”

Dari video itu, jelas kedengaran beberapa pensyarah yang bertanyakan keadaan semasa Nisa malah dia juga sempat mengadu tentang videonya telah tular tetapi reaksi pensyarah-pensyarahnya sangat bersahaja dan ‘sporting’!

“Dr… saya tak sangka, Dr… Video tu boleh viral” – Ujar Nisa

Namun, apa yang mencuit hati apabila pensyarahnya itu dengan bangganya menjawab…

“Bagussss” – Pensyarah

Difahamkan kini tiga pensyarahnya telah mula menjadi followers kepada Nisa di TikTok. Disebabkan itu, di bahagian komen rata-rata mengatakan bahawa dirinya sangat bertuah mempunyai tenaga pengajar yang sangat memahami.

image is not available

Jangan risau gais, Nisa ni dah berjaya followback balik lecturers dia semua. Katanya gigih juga nak mencari satu-satu… Nasib baik jumpa! Semoga terus cemerlang ya!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.