(VIDEO) “Kesianlah Staf Nak Kemas…” – Netizen Tegur Pelanggan Biar Baju Bersepah Merata-Rata Lepas ‘Shopping’ Raya

29 Apr 2022 • 4:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak minggu lepas, orang ramai dan berpusu-pusu ke sana sini mencari baju untuk menyambut Syawal yang bakal tiba dalam masa beberapa hari lagi.

Oleh kerana, pada tahun ini banyak undang-undang berkenaan Covid-19 telah dilonggarkan dan dibolehkan balik beraya, maka ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli baju raya dan balik ke kampung halaman.

Namun begitu, semasa mencari baju raya, ada sesetengah pelanggan yang tidak mempunyai adab ketika keluar membeli-belah dan menyusahkan ramai orang akibat sikap yang tidak bertolak ansur.

Begitulah perkongsian video di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @syaqiey97, di mana dia menunjukkan baju di salah sebuah kedai berada dalam keadaan bersepah.

Keadaan tersebut berlaku dipercayai kerana ramai ‘panic buying’ dan mahu cepat tetapi tanpa disedari telah memberikan masalah kepada pihak pekerja di kedai berkenaan.

Walaupun mengemas semula pakaian di dalam kedai merupakan sebahagian daripada kerja staf, tetapi pelanggan perlulah mempunyai ‘commen sense’ dan sikap toleransi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menegur sikap berkenaan dan menyuruh pelanggan supaya menunjukkan sikap bertimbang rasa terhadap mereka yang bekerja di situ.

image is not availableimage is not availableimage is not available

image is not available 2 minggu lalu

(VIDEO) "Tolonglah Ada 'Common Sense'..." - Pelanggan Tergamak Sepahkan Kotak Kasut Di Pusat Beli Belah