
Kota Kinabalu: Kerajaan berusaha untuk meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) Sabah setiap tahun melalui pelbagai inisiatif pemodenan dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti produk pertanian.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan komited untuk memperkasakan pembangunan sektor pertanian melibatkan empat subsektor - tanaman, penternakan, perikanan/ akuakultur dan komoditi getah.

