LHDN tukar waktu operasi

2 Apr 2022 • 5:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di semua Pejabat Cawangan LHDN akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 petang, pada Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini, kecuali di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

LHDN dalam satu kenyataan pada Sabu berkata, bagi keempat-empat negeri itu, perkhidmatan bermula dan tamat pada waktu sama pada Ahad hingga Rabu, manakala pada Khamis, operasi ditetapkan pada 8 pagi hingga 3 petang.

Bagi perkhidmatan Hasil Care Line dan Telefonis Cawangan pula, ia akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Khamis di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang akan bermula pada 8 pagi hingga 3 petang.

Sementara itu, waktu operasi kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur akan bermula dari 8 pagi hingga 4 petang, Pusat Bayaran Kota Kinabalu (8 pagi hingga 3 petang) dan Pusat Bayaran Kuching (8 pagi hingga 4 petang).

LHDN dalam kenyataan itu turut menyarankan pelanggan supaya melakukan urusan percukaian secara dalam talian bagi memastikan risiko penularan wabak Covid-19 dapat dikurangkan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved