Tandatangan ‘Tenancy Agreement’, Aisar Khaled Kantoi Hanya Sewa Rumah RM1 Juta?

11 Apr 2022 • 1:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Aisar Khaled didakwa menipu beli rumah RM1 juta, hanya sewa?

Siapa tak kenal dengan selebriti media sosial, Aisar Khaled yang sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi disebabkan contentnya yang sering mengundang kecaman.

Baru-baru ini Aisar Khaled dengan bangganya berkongsi di Instagram bahawa dia kini telah berjaya memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM1 juta pada usia 22 tahun.

image is not available

Alhamdulillah rumah pertama berhadapan Kl Tower. 

Tak sangka dengan usia yang macamni dapat jugak apa yg I impikan syukur sangat sangat

Perkongsian yang dibuat Aisar di Instagram mendapat respon dari netizen dan juga rakan artis yang lain. Rata-rata mereka mengucapkan ucapan tahniah.

Kantoi busuk di Twitter

image is not available

Namun, berbeza pula di Twitter apabila ada netizen yang mengatakan bahawa rumah yang ‘dibeli’ oleh Aisar itu hanya disewa oleh selebriti media sosial berkenaan.

Tak malu betul muka jamban ni mengaku beli rumah padahal menyewa kahh!!

image is not available

image is not available

Rata-rata netizen di Twitter mendakwa video yang dikongsi Aisar Khaled itu adalah penipuan semata-mata.

Diharapkan ada penjelasan yang dibuat oleh tuan empunya badan berhubung dengan isu ini.

Kredit: Instagram Aisar Khaled | Twitter @nabilfikran10

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media