Pemandu terselamat selepas lori terbakar

18 Apr 2022 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Sebuah lori 10 tan membawa muatan pasir terbakar di Jalan Tenghilan – Kota Belud berhampiran Bukit Kelawat di sini, Ahad.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, pemandu lori terbabit sempat keluar untuk menyelamatkan diri selepas menyedari kepulan asap hitam di bahagian hadapan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan jam 12.56 tengah hari, sembilan anggota termasuk empat pegawai bomba bantuan (PBB) dikerah ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba memulakan operasi pemadaman api menggunakan dua aliran hos dari tangki jentera.

“Kebakaran itu mengakibatkan bahagian hadapan lori berkenaan musnah 100 peratus”.

“Pemandu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan api berjaya dikawal pada jam 1.30 petang kemudian,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan sekitar lokasi dan kenderaan turut dijalankan bagi mencegah bahaya lain.

“Operasi ditamatkan jam 1.36 petang manakala punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.