Heboh ‘Orang Minyak’ Berkeliaran Di Shah Alam, Wanita Kongsi Kisah Serupa Berlaku Semasa Kecil

Entertainment
9 Apr 2022 • 3:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang lelaki berkeliaran bogel persis ‘orang minyak’ sebelum melakukan jenayah pecah rumah di Seksyen 20, Shah Alam.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi di sebuah rumah di Seksyen 20 ketika mangsa, seorang wanita sedang tidur bersama anak perempuannya di ruang tamu.

Menurut mangsa, dia tersedar daripada tidur apabila terdapat cahaya silau dan kemudian perasan kehadiran suspek. Mangsa kemudiannya menjerit, membuatkan suspek berlari keluar dari rumah tersebut.

Difahamkan, mangsa mengalami kerugian RM1,600 apabila hasil wang perniagaan dilarikan suspek semasa hari kejadian.

Penduduk kongsi kisah serupa

Kisah ‘orang minyak’ ini ternyata mendapat perhatian ramai. Seorang penduduk di Seksyen 19, Shah Alam, yang dikenali sebagai Shaz ada berkongsikan pengalaman peribadinya dalam berhadapan dengan insiden ini.

Jelas wanita ini, ‘orang minyak’ ini memang sudah lama berkeliaran di Seksyen 19 dan Seksyen 20. Malah semasa di zaman persekolahan, dia pernah mengalami pengalaman mengerikan.

image is not available

Mak kawan dah pesan awal-awal

Jelas wanita ini, pada ketika itu dia sedang tidur di rumah rakan yang terletak di Seksyen 20. Sebelum tidur, ibu rakannya ada memberi pesanan agar terus menjerit jika ternampak individu yang mencurigakan.

image is not available

Dengar bunyi tingkap dibuka

Lebih menyeramkan, wanita ini terdengar bunyi seperti tingkap yang sedang dibuka. Selepas memandang ke arah bunyi misteri, dia ternampak tangan hitam yang sedang membuka tingkap.

Usai menjerit ketakutan, ‘orang minyak’ itu terus mengeluarkan tangan dan melarikan diri. Bagaimanapun, difahamkan tiada tangkapan yang dibuat kerana ‘orang minyak’ tersebut tidak dapat dicari oleh pihak berkuasa.

image is not available

Jalan kaki ayam, walhal belakang rumah ada paku?

Lebih mengelirukan, ‘orang minyak’ tersebut berjalan berkaki ayam dengan tenang meskipun belakang rumah tersebut dipenuhi dengan kayu dan paku.

Di akhir ciapan, wanita ini menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang gelap.

image is not available

Siapa ada pengalaman berhadapan dengan orang minyak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.