“Hati saya sakit” – Chef Ammar Marah, Ada Netizen Kutuk Nasi Arab Harga Tel Aviv?

Entertainment
7 Apr 2022 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi penggemar nasi arab, korang pasti kenal dengan Chef Ammar yang famous dengan restorannya dan kalau di bulan Ramadan, beliau juga dilihat turut serta menjual nasi arab di bazar.

Pun begitu, baru-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan Chef Ammar dalam keadaan marah-marah selepas dituduh menjual nasi arab dengan harga ‘Tel Aviv’. Alamak…

Menerusi video tersebut, Chef Ammar meminta netizen untuk tidak mengajarnya cara-cara untuk berniaga dengan mengkritik harga nasi arabnya yang mahal dan mempunyai portion yang sedikit.

Tambahnya lagi, dia berasa sangat kecil hati dengan komen yang ditinggalkan netizen terhadap perniagaannya itu.

“Ini semua ada proses!”

Chef Ammar menerusi satu lagi video menegaskan bahawa proses dalam menyediakan nasi arab juga bukanlah mudah dan beliau menggunakan bahan-bahan yang berkualiti setanding dengan harga juadah yang dijualnya.

 

“Tengok proses dia masak pun takut, takkan nak letak sepinggan RM5”

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang memujuk Chef Ammar untuk tidak berkecil hati dan menyarankan pembeli yang merasakan harga nasi arab tersebut mahal untuk membeli di tempat lain.

image is not available

Harap chef tak marah-marah lagi lah ye. Biasalah pahit manis dalam berniaga.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.