PGA tahan lima lelaki seludup minyak diesel bersubsidi

5 Apr 2022 • 1:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dipercayai bergiat aktif di sekitar bandar raya ini selepas menahan lima lelaki, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Supt Dimin Awang berkata mereka yang ditahan pada pukul 2 petang di sebuah premis di Taman Wawasan di Kulai itu, terdiri daripada tiga warganegara dan dua warga asing berusia antara 34 hingga 42 tahun.

“Dalam serbuan berkenaan, pelbagai barangan dirampas termasuk beberapa tangki berisi minyak bersubsidi sebanyak 40,000 liter, dua lori dan lima unit pam dengan anggaran nilai RM300,300,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua suspek dan barang rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.-Bernama