“Aku yang jeles!” – Pasangan CLOY Ke LA Untuk ‘Honeymoon’, Aksi ‘Gentleman’ Hyun Bin Jadi Perhatian

Entertainment
12 Apr 2022 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun hampir dua minggu bergelar suami isteri, pasangan selebriti terkenal dari Korea Selatan iaitu Hyun Bin dan juga Son Ye-jin, mereka dilihatkan baru sempat mempunyai masa untuk berbulan madu.

Menerut Allkpop, pasangan yang lebih mesra dikenali sebagai BinJin Couple itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk ke Los Angeles yang dipercayai menjadi lokasi pilihan ‘honeymoon’ mereka.

image is not available

“Betul-betul macam Captain Ri dalam CLOY”

Ketibaan mereka di lapangan terbang disambut baik oleh peminat dan juga wartawan-wartawan yang ada kerana difahamkan ianya merupakan kemunculan pertama pasangan tersebut secara terbuka.

Namun, apa yang mencuri tumpuan orang ramai adalah aksi-aksi ‘gentleman’ yang ditunjukkan oleh Hyun Bin semasa mereka ingin menuju ke kawasan pelepasan seperti membawa beg dan juga barang milik Son Ye-jin.

Video tersebut telah pun tular di media sosial dan rata-rata peminat mereka menyifatkan bahawa Son Ye-jin seorang yang sangat bertuah kerana dapat berkahwin dengan lelaki yang begitu prihatin terhadap dirinya.

“Tak baik buat orang single macamni”

Bukan tu je, ada satu aksi ni yang mana Hyun Bin menarik Son Ye-jin untuk berada dekat dengannya semasa bas menghampiri mereka betul-betul throwback salah satu adegan dalam drama Crash Landing On You (CLOY).

Walaupun Hyun Bin dilihatkan sedang menggunakan telefonnya, tapi aksi bersahajanya itu dah cukup untuk buat hati orang berbunga-bunga bila tengok video kat bawah ni…

Min pulak yang rasa sendu melampau lepas tengok sweet couple ni… Apa-apa pun, enjoy your honeymoon, BinJin! Btw, dah ada ke yang mula tengok balik CLOY? Hihihi…

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.