Huawei PixLab X1, Sound Joy Dan WiFi Mesh 3 Akan Ke Pasaran Malaysia Bermula Mei

TechnologyDigital
20 Apr 2022 • 1:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dua peranti baharu telah dilancarkan oleh Huawei hari ini di Malaysia iaitu MatePad 10.4 2022 dan MateBook D15 dengan RAM lebih besar. Tetapi pada acara yang sama Huawei Malaysia mengesahkan tiga lagi peranti iaitu mesin pencetak Huawei PixLab X1, speaker bluetooth Huawei Sound Joy dan Huawei Mesh 3 akan dipasarkan dalam masa terdekat.

image is not available

Huawei Mesh 3 akan memasuki pasaran Malaysia pada Mei hadapan sementara Huawei PixLab X1 dan Huawei Sound Joy pula bermula bulan Jun. Mesh 3 mengembangkan rangkaian WiFi rumah dengan sokongan sehingga 250 peranti serentak dengan sokongan format WiFi 6.

image is not available

Sementara itu PixLab X1 pula ialah mesin pencetak pintar monokrom dengan pengimbas dokumen terbina. Akhir sekali ialah Sound Joy yang mempunyai kemampuan kalis air IP67 serta bateri bertahan sehingga 26 jam.