Huawei PixLab X1, WiFi Mesh 3 Dan Sound Joy Bakal Turut Dilancarkan Pada 20 April

TechnologyDigital
14 Apr 2022 • 9:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Baru-baru ini, Huawei telah mula mendedahkan satu persatu produk yang bakal diumumkan pada 20 April ini. Antaranya seperti tablet Huawei MatePad 10.4″ 2022 dan komputer riba Huawei MateBook D15. Tidak berhenti di situ, malahan akan terdapat beberapa lagi produk lain yang turut akan menyertainya. Ini termasuklah Huawei PixLab X1, penghala (router) WiFi Mesh 3 dan Huawei Sound Joy.

image is not available

Berkongsi sedikit mengenai ketiga-tiganya, Huawei PixLab X1 adalah sebuah pencetak pintar yang menjalankan HarmonyOs. Sementara itu, Huawei WiFi Mesh 3 pula sebuah penghala lengkap mudah-alih dan mampu menyokong sehingga 250+ sambungan. Seterusnya, Huawei Sound Joy pula pembesar suara dengan ketahanan main balik mencapai 26 jam lamanya.

image is not available

Seperti biasa, penawaran penuh mengenai kesemua produk bakal diketahui selepas dilancarkan kelak. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut termasuklah harga jualan rasminya.