Laman Maybank2u serta aplikasi MAE dan Maybank2u tergendala

25 Apr 2022 • 12:13 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengguna perkhidmatan atas talian Maybank pagi ini terkejut apabila melihat akaun mereka menunjukkan jumlah RM0.00. Ada juga yang tidak dapat mendaftar masuk menerusi laman web Maybank2u serta aplikasi MAE.

image is not available

Gangguan ini telah disahkan oleh Maybank sendiri. Mereka menyatakan terdapat isu sambungan perlahan dan terputus-putus di aplikasi MAE dan Maybank2u, serta di laman web Maybank2u.

Buat masa ini, Maybank belum menyatakan bilakah jangkaan masalah ini dapat diselesaikan. Maybank sedang menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan sangat menghargai kesabaran dan kerjasama semua.

Masalah perkhidmatan Maybank tergendala kelihatan semakin kerap kebelakangan ini. Kali terakhir ia berlaku adalah pada Januari lepas dan sebelum itu, pada bulan Disember.

Tetapi tiada pengguna dilihat melaporkan berlaku kehilangan wang akibat gangguan ini. Di CIMB awal tahun ini, ada pengguna dibekukan akaun kerana kesilapan kemasukan wang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved