Semak Pengeluaran Khas KWSP Bermula 9 April Ini

4 Apr 2022 • 6:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pengeluaran khas kwsp

Mesti ramai yang dah memohon Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bermula pada 1 April lepas kan?

Bagi pencarum yang sudahpun membuat permohonan, korang boleh menyemak status pengeluaran khas itu pada 9 April nanti ya.

Menurut laporan Kosmo, KWSP menjelaskan bahawa pencarum boleh membuat semakan sepenuhnya secara online sahaja melalui https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/.

KWSP juga telah menjelaskan bahawa jumlah maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM10,000 manakala jumlah minimum RM50 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan diakses.

Permohonan berkenaan terbuka kepada ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun dan pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved