Status permohonan pengeluaran khas KWSP boleh disemak 9 April ini

4 Apr 2022 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Semakan status permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 secara 'one-off' boleh dilakukan bermula 9 April ini.

KWSP dalam satu hantaran berkata, permohonan pengeluaran khas KWSP itu hanya boleh dibuat melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ sahaja.

Pada masa sama, KWSP turut memaklumkan pemohon tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kios dan cawangan KWSP bagi tujuan tersebut.

Permohonan pengeluaran khas KWSP mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini.

Pada 16 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Dalam sidang akhbar khasnya, Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

KWSP memaklumkan, bayaran bagi pengeluaran khas akan dibuat secara sekali pembayaran (single payment) kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved