Netizen Tak Faham Sikap Ibu Bapa Larang Anak Buat Perkara Baik

Family & Parenting
23 Apr 2022 • 11:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
didik anak

Sebagai seseorang yang sudah bergelar ibu bapa, tanggungjawab untuk mendidik anak menjadi insan yang mempunyai akhlak mulia sebelum mereka meningkat dewasa sememangnya penting.

Bagaimanapun, tweet yang tular baru-baru ini lain pula ceritanya kerana pasangan ibu bapa telah didakwa melarang anak mereka dari membuat satu kebaikan ketika makan di sebuah restoran fast food.

image is not available

Dalam pada itu, pengguna yang membuat ciapan tersebut turut meluahkan rasa kecewa kerana saudara seagama boleh berkelakuan seperti itu.

Tambahannya lagi, tidak menjadi satu kesalahan jika ingin membantu orang lain agar memudahkan pekerjaan mereka, lagi-lagi yang bekerja di pusat membeli-belah ataupun restoran.

image is not available

Meninjau di ruangan komen ciapan itu, rata-rata netizen turut berasa ‘berang’ dengan apa yang telah dikongsikan, malah ada juga yang berkongsi kisah mereka yang lebih kurang sama seperti kejadian ibu dan anak terbabit.

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media