
Kota Kinabalu: Bazar Ramadan anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan platform untuk pelajar mendalami ilmu perniagaan dan pada masa sama menjana pendapatan.
Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Taufiq Yap berkata program itu juga membantu pelajar meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka.
“Program sedemikian selaras dengan inisiatif UMS untuk memupuk pelbagai kemahiran dan pengetahuan kepada pelajarnya ketika mereka bersedia menghadapi ‘dunia sebenar’ di luar,” katanya pada perasmian bazar itu, baru-baru ini.

