
BEAUFORT: Dengan tema “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”, Op Selamat 18 menfokus kepada aliran lalu lintas lancar bagi pengguna jalan raya, kata Ketua Polis Daerah Yusoff Zaki Yacob.
Selain itu, katanya, ia untuk memastikan keselamatan harta benda, premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan dan meminimumkan kes kemalangan jalan raya, terutamanya kemalangan maut.
