
BEAUFORT: Lima penumpang, termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan, cedera ringan selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki melanggar seekor kerbau di sepanjang Jalan Kg Betanduk Lubak, di sini, pada pukul 7.30 malam Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Yusoff Zaki Yaacob berkata, selepas melanggar kerbau itu, Viva tersebut dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Isuzu Dmax yang datang dari arah bertentangan. Beliau berkata semua mangsa dibawa ke unit kecemasan Hospital Beaufort untuk rawatan sebelum disahkan hanya mengalami cedera ringan dan dibenar pulang selepas itu.
“Saya menasihatkan pemilik haiwan seperti kerbau, sapi dan kambing untuk mengurung ternakan mereka dan jangan biarkan berkeliaran, terutamanya di jalan raya, yang boleh mengakibatkan kemalangan,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
