
Tular di media sosial rakaman video memaparkan aksi berbahaya beberapa orang remaja lelaki berbaring dan bergolek di atas jalan raya.
BACA: “Jangan Sebab Kau Orang Lain Susah” – Netizen Risau Ada Geng Basikal Tengah Highway Waktu Malam
Dalam video berdurasi 18 saat, remaja lelaki itu dilihat berada di tengah-tengah jalan raya sebelum sebuah kereta menghampiri mereka namun sempat mengelak.
HOLY
— Jacky Gee (@JackyGee10) April 17, 2022..After the Lajat Bicycle Gang, a new Hobby is rolling on the road. Malaysia is blessed with so much innovative youths ! I wonder how many years of jail time for the drivers who dare to run over these brave warriors !
pic.twitter.com/oSbcSC3Kve
Kedengaran suara perakam meminta sekumpulan remaja itu terus berbaring meskipun melihat kelibat sebuah kereta melalui jalan itu.
Selain perbuatan bahaya itu, ada satu lagi rakaman menunjukkan remaja-remaja ini dipercayai orang yang sama melempar batu ke arah kereta.
Same kids hiding and using slingshots to shoot stones at passing cars pic.twitter.com/E1Z7QaG27M
— Izham Hassan (@Izham_Hassan) April 18, 2022
Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa berang dengan tindakan remaja yang disifatkan merisikokan nyawa sendiri. Mereka juga dikecam bertindak melampau apabila membuat cubaan merosakkan harta benda orang lain.

Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai lokasi dan tarikh kejadian dirakamkan. Apa-apa pun netizen menggesa ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dan jangan membiarkan mereka berpeleseran tanpa tujuan di malam hari seperti ini.
Kredit: Twitter JackyGee10
The post Selepas Aksi Bahaya Basikal Lajak, Remaja Buat Hal Baring Atas Jalan Raya appeared first on Oh! Media.

